F A K E S M I L E



SAHABAT :)


Orang kata SAHABAT itu mulia~
Orang kata SAHABAT itu lebih dari CINTA~
Orang kata sekali berSAHABAT selamanya tetap SAHABAT~
Orang kata pilih lah SAHABAT dari CINTA~
Orang kata mereka pentingkan SAHABAT dari CINTA~

SEBABNYA???


Mereka kata CINTA itu buta dan akan menyebabkan kita JATUH, TERLUKA dan KECEWA~
Mereka kata SAHABAT pula akan bantu kita BANGUN, PULIHKAN, GEMBIRAKAN dan sentiasa BERSAMA kita~
Mereka kata CINTA boleh di cari tetapi SAHABAT sukar untuk di cari ganti~

MAKA.....

Mereka pilih SAHABAT dari CINTA...
Mereka dahulukan SAHABAT dari CINTA...
Mereka pentingkan SAHABAT dari CINTA...
Mereka sayangkan SAHABAT dari CINTA...


TETAPI....

Bila mereka mula merasai CINTA...
SAHABAT di tinggalkan...SAHABAT mula di lupakan...
CINTA dipilih...SAHABAT terasa dan menjauh...
CINTA boleh menegur tentang SAHABAT...tapi...
SAHABAT tak boleh menegur tentang CINTA...
Kata-kata dan ikrar hanya tinggal kata-kata tanpa makna..

SEBABNYA???

CINTA telah menjadi segala-galanya~
CINTA telefon tgh malam nak masuk pagi pun tak apa~
CINTA merajuk tak apa~
CINTA marah tak apa~
CINTA salah pun tetap betul~
CINTA nak marah pun tak boleh~
CINTA semuanya nampak baik~

BILA...


SAHABAT telefon malam dh nak pagi, talian sibuk...
SAHABAT "CALL WAITING" pun tak kisah...
SAHABAT ada masalah langsung tak di endahkan...
SAHABAT merajuk, dia yang marah...
SAHABAT marah, dia terus putuskan persahabatan...

SEBABNYA???

Dia fikir CINTA akan temani dia...
Tapi..dia tak pernah fikir "adakah cinta itu cinta abadi dan sejati?"..
Sedangkan SAHABAT sejati sudah ditinggalkan...

AKHIRNYA...


Setelah ditinggalkan dan dilukai oleh CINTA...
Dia kembali mencari SAHABAT...
Meminta-minta kembali kasih SAHABAT..
Luka SAHABAT terlalu dalam..
Namun, SAHABAT masih menerimanya...
Kerana, bagi sahabat, SAHABAT ADALAH SELAMANYA..
Luka yang telah di gores di hati, SAHABAT menganggapnya sebagai dugaan dalam PERSAHABATAN..
SAHABAT akan sentiasa menjaga ikatan persahabatan..
SAHABAT suka duka sentiasa bersama..
Kerana bagi SAHABAT~~"Sahabat sebenar akan mencapai tangan sahabatnya dan akan menyentuh hatinya"

0 comment[s] | back to top

Hargailah mereka


 Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga. Fikir-fikirkanlah
* Bagai pusingan roda… sampai masanya kita pula akan menjadi ibu atau bapa… dan anak-anak kita akan melakukan apa yang pernah kita lakukan terhadap ibu dan bapa kita… dan kita akan bersabar dengan kerenah mereka sebagaimana ibubapa kita pernah lakukan kepada kita… dan begitulah seterusnya… janganlah mengabaikan mereka, janganlah menghantar mereka ke rumah orang-orang tua. jagalah mereka seperti mereka menjaga anda sewaktu kecil.. Jangan abaikan mereka.

                         http://pakarcinta.com/blog/wp-content/uploads/2012/04/Berlindung-dari-Bentrokan.jpg

Ingatlah! Hargailah kedua ibubapa kite sebab cume mereka lah yg mampu besarkan kitee dengan penuh sabar.Janganlah derhaka kepada mereka kerana suatu hari kite akan jadi ibu/ayah dan kite akan rasakan ape yg mak ayah kite pernah rasakan. 


0 comment[s] | back to top

I LOVE YOUU

Masa umur awak 15 tahun, saya luahkan perkataan "I LOVE YOU".
awak malu.muka awak kemerahan lalu menundukkan muka ke bawah.
Masa umur awak 20 tahun, saya luahkan perkataan "I LOVE YOU".
awak sandarkan kepala awak di bahu saya lalu memegang erat tangan saya dan takut kehilangan saya.
Masa umur awak 25 tahun, saya luahkan perkataan "I LOVE YOU".
awak sediakan saya sarapan pagi lalu menghidangkannya 
dan mencium dahi saya sambil berkata "baik awak cepat.nanti terlambat"
Masa umur awak 30 tahun, saya luahkan perkataan "I LOVE YOU".
awak hanya balas "kalau awak syg saya habis kerja terus balik rumah"
Masa umur awak 40 tahun, saya luahkan perkataan "I LOVE YOU"
masa ni awak tengah kemas meja makan dan awak hanya balas "Ok awak,tapi sekarang waktu untuk awak ajar anak² kita mengulang kaji pelajaran"
Masa umur awak 45 tahun, saya luahkan perkataan "I LOVE YOU".
awak sedang menjahit dan hanya tergelak saja.
Masa umur awak 50 tahun, saya luahkan perkataan "I LOVE YOU".
awak senyum memandang saya.
Masa umur awak 55 tahun, saya luahkan perkataan "I LOVE YOU".
kita berdua duduk di atas kerusi kayu sambil memakai kacamata tebal
saya membaca surat cinta dari awak yang pernah awak berikan 50 tahun yang lepas.
sambil tangan kita berpegangan.
Masa umur awak 80 tahun, awak luahkan perkataan "I LOVE YOU"! pada saya.
saya tak mampu berkata apa hanya air mata yang bicara.
hari itu adalah hari yang paling bahagia buat saya.sebab buat pertama kali awak ucapkan "I LOVE YOU" pada saya setelah sekian lama kita berkahwin.

*HARGAI ORG YG SYGI ANDA.UCAPLAH "I LOVE YOU" SEMENTARA MASIH ADA PELUANG

0 comment[s] | back to top