Hargailah mereka
Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”
Tetapi
» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga. Fikir-fikirkanlah
* Bagai pusingan roda… sampai masanya kita pula akan menjadi ibu
atau bapa… dan anak-anak kita akan melakukan apa yang pernah kita
lakukan terhadap ibu dan bapa kita… dan kita akan bersabar dengan
kerenah mereka sebagaimana ibubapa kita pernah lakukan kepada kita… dan
begitulah seterusnya… janganlah mengabaikan mereka, janganlah
menghantar mereka ke rumah orang-orang tua. jagalah mereka seperti
mereka menjaga anda sewaktu kecil.. Jangan abaikan mereka.
Ingatlah! Hargailah kedua ibubapa kite sebab cume mereka lah yg mampu besarkan kitee dengan penuh sabar.Janganlah derhaka kepada mereka kerana suatu hari kite akan jadi ibu/ayah dan kite akan rasakan ape yg mak ayah kite pernah rasakan.